Dengan perlumbaan arena telefon boleh-lipat, kini nampaknya OnePlus tidak ingin ketinggalan. Namun, berbeza dengan pengeluar lain, OnePlus dijangka akan berkongsi rekaan peranti bersama syarikat induk mereka, Oppo.
Mengikut laporan dan desas-desus awal, telefon boleh-lipat OnePlus dijangka menyerupai rekaan Oppo Find N.
Apa pun, ia mungkin hadir dengan sedikit pengubah-suaian, termasuk penggunaan sistem operasi OxygenOS.
Harga jualan telefon boleh-lipat OnePlus juga dijangka sedikit rendah berbanding penawaran Oppo.

Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus awal sahaja. Mungkin lebih ramai kini menantikan OnePlus 10 Ultra, berbanding telefon boleh-lipat OnePlus.