Cari @ Amanz

Honor yang terkenal dengan penawaran telefon pintar, kini telah mula memperluaskan penawaran mereka meliputi kategori produk yang lain. Terbaru, di China, Honor telah pun memperkenalkan skuter elektrik mereka tersendiri, dinamakan Honor Choice P10 Electric Scooter.

Skuter elektrik ini membawakan kelajuan mencapai 25km/j, dan bateri penuh padanya mampu membawa kepada perjalanan pada jarak 35 kilomter. Beberapa mod pemanduan turut dibawakan, termasuk penjimatan bateri, biasa, dan juga mod “sukan”.

Dengan penggunaan nama Honor, ia turut menyertakan ciri pintar seperti sokongan aplikasi padanya.

Skuter elektrik Honor ini ditawarkan di China pada harga serendah 1999 Yuan, iaitu sekitar RM1324.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd