Cari @ Amanz

GodamSahur Kembali Untuk 2022 – Realisasikan Idea Anda

Oleh Aman

Link Copied!

#GodamSahur merupakan salah satu inisiatif Amanz sepanjang bulan Ramadan, dan telah dianjurkan sejak 2019 lepas. Untuk tahun ini, ia hadir sekali lagi dalam mengalakkan orang ramai menggunakan masa selepas sahur dalam membangunkan atau menyelesaikan sesuatu projek atau idea tertangguh.

Seperti biasa, sesiapa sahaja boleh menyertainya dan membangunkan projek masing-masing dalam masa terluang sepanjang Ramadan ini. Untuk tahun ini, ia akan dianjurkan sehingga minggu pertama Syawal, 7 Mei 2022.

GodamSahur

Orang ramai boleh mendaftarkan diri, dan membangunkan idea – seterusnya memperlihatkan projek akhir yang dibangunkan. Mereka yang berjaya menyelesaikan projek masing-masing akan menerima sedikit imbuhan pada penghujungnya.

Inisiatif ini diadakan dalam mengalakkan orang ramai membangunkan dan menyelesaikan pelbagai projek dan idea tertangguh. Sebelum ini sendiri, beberapa idea telah dibangunkan, termasuk salah satu yang popular adalah Scrut.my.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri di laman #GodamSahur, dan merealisasikan idea anda!


Komen ()