Cari @ Amanz

Kerajaan kini telah mengumumkan para belia berusia 18 tahun sehingga 20 tahun, dan juga pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), boleh melakukan permohonan untuk kredit sebanyak RM150 melalui dompet digital bermula esok, 11 April 2022, dibawah program e-Pemula.

Anda boleh melakukan permohonan melalui dompet digital yang menyertai inisiatif ini, iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan juga Touch ’n Go eWallet.

Dibawah inisiatif ePemula ini, selain daripada kredit RM150 daripada kerajaan, penyedia dompet digital ini juga akan menawarkan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata ganjaran dan sebagainya.

Tempoh pendaftaran program ini adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022. Kredit yang diterima perlulah dibelanjakan sebelum 10 Jun 2022 kelak.

Berikut merupakan syarat untuk penerima ePemula:

  • mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004), atau
  • merupakan pelajar sepenuh masa diperingkat diploma, atau SKM4, dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd