Microsoft Akan Tamatkan Sokongan Windows 10 (20H2) Pada 10 Mei 2022

Diterbitkan pada Apr 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Windows 10 sedia menerima sejumlah kemaskini sejak ia diperkenalkan, termasuk salah satunya adalah versi Windows 10 (20H2), iaitu kemaskini yang ditawarkan pada Oktober 2020 lepas. 

Kini, selari latar pembangunan sistem operasi Windows, sokongan untuk Windows 10 (20H2) akan ditamatkan pada 10 Mei 2022 ini. Perubahan ini akan turut memberikan kesan kepada pengguna versi Home mahupun Pro.

Selari dengannya, untuk kekal menerima kemaskini sekuriti dan sebagainya, pengguna Windows 10 (20H2) digalakkan menaik-taraf ke versi Windows 10 lebih terkini, atau turut boleh memilih untuk menaik-taraf ke Windows 11 dan menikmati sistem operasi terbaru Windows.

Sumber : Microsoft

komen


© Amanz / 2022 Kami