Carian
K-KOMM Memperuntukkan RM4 Bilion Untuk Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah
April 11, 2022 Effi Saharudin

Internet ialah keperluan asas dan sepatutnya sudah menjadi utiliti. Agak canggung selepas lebih 20 tahun Korridor Raya Multimedia dilancarkan, masih terdapat kawasan tanpa sambungan Internet apatah lagi Internet gentian optik yang pantas.

Hujung minggu lalu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengumumkan peruntukan RM4 billion bagi tujuan pemasangan hab rangkaian gentian optik di hampir 4000 sekolah di seluruh negara.

Menurut Menteri K-KOMM Tan Sir Annuar Musa, pemasangan akan dilakukan di sekolah yang terletak di zon utara, tengah , selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Dengan pemasangannya, Internet berkelajuan lebih tinggi akan dapat diakses oleh sekolah-sekolah tersebut. Di antara 500-600 sekolah di setiap zon telah dikenalpasti setakat ini.

Komen