Cari @ Amanz

Teknologi kamera pada telefon pintar sekarang semakin hebat untuk setiap generasi. Kita ada sensor telefoto, periskop, sudut ultra lebar, potret, mono, sensor kedalaman malah ada juga yang menggunakan sensor infra merah. Setiap sensor ini digunakan untuk mengoptimasikan kualiti imej yang boleh dihasilkan.

Antara yang masih dibangunkan sehingga hari ini adalah sensor untuk mengukur ke dalaman, seperti untuk mengambil imej potret yang lebih baik serta untuk penggunaan realiti maya dan realiti terimbuh. Google sebelum menggunakan perisian ARCore, mereka bekerjasama dengan pengeluar peranti untuk hadir dengan telefon pintar yang boleh mengukur kedalaman dan melakukan imbasan 3D – seperti Asus Zenfone AR.

Dengan perkembangan teknologi, konsep ini telah digantikan dengan kit perisian dan bersama peranti dengan kamera yang berkemampuan. Antara yang kerap digunakan adalah sensor potret, sensor kedalaman dan sebelum ini sensor popular adalah sensor ToF. Pada iPhone sensor lebih premium digunakan iaitu LiDAR.

Pengkaji di Stanford University telah menemui dan masih dalam kajian sensor yang boleh mengukur jarak di antara objek dan boleh digunakan untuk pengimejan 3D. Dengan kata lain, ia adalah sejenis sensor yang merupakan alternatif kepada LiDAR. Sensor ini dikatakan menggunakan Megapixel per resolusi, jika lebih besar resolusi lebih luas sensor ini dapat mengukur jarak objek, jarak dan melalukan pengimejan 3D.

Lebih penting, sensor yang mereka kaji ini adalah untuk dibina dan dijual pada kos rendah agar lebih banyak peranti boleh digunakan. Apa yang mereka lakukan secara asasnya adalah mengubah sensor 2D menjadi sensor 3D berbanding terus membangunkan daripada A-Z. Sensor 2D boleh rakam daripada beberapa sudut untuk imbasan 3D.

Buat masa ini sensor ini masih di fasa kajian dan tidak pasti sama ada bila ia akan menjadi produk sebenar untuk pengeluar peranti gunakan atau adakah pengeluar peranti berminat dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd