Kredit RM150 ePemula Tidak Boleh Digunakan Untuk Transaksi e-Dagang Atau Atas-Talian

Diterbitkan pada Apr 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula hari ini, kerajaan telah mula menawarkan kredit RM150 ePemula melalui empat dompet digital, iaitu Grab, BigPay, ShopeePay dan juga Touch n Go eWallet.

Untuk makluman, inisiatif ini disediakan kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan golongan belia, selain pada masa yang sama membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta mengalakkan transaksi nirtunai.

Selari dengannya, kini kerajaan menyediakan dokumen soalan lazim, dan turut menyatakan kredit ePemula tidak boleh digunakan di beberapa lokasi, iaitu:

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran yuran berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • transaksi e-dagang atau transaksi atas-talian.

Jadi, dengan perkongsian ini, mungkin anda boleh melakukan pilihan tepat dalam melakukan aplikasi dompet-digital yang sesuai untuk penebusan kredit ePemula ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami