Elon Musk Menolak Daripada Menyertai Ahli Lembaga Twitter

Diterbitkan pada Apr 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CEO Twitter hari ini mengatakan Elon Musk telah memilih untuk menolak daripada sertai ahli lembaga Twitter.

Sebelum ini, Elon Musk telah membeli pegangan sebanyak 9% pada perkhidmatan sosial berkenaan – sekaligus membuatkan syarikat Twitter menawarkan Elon Musk menyertai ahli lembaga. Namun, ia hadir dengan beberapa terma, termasuk hanya boleh membeli maksima 14.9% pegangan pada syarikat tersebut ketika menjadi ahli lembaga.

Apa pun, kini, Elon Musk telah menolak tawaran berkenaan.

Disebabkan oleh ini, kini CEO Twitter menyasarkan yang mana mereka mungkin menghadapi “gangguan” dalam meneruskan operasi syaarikat mereka. Apa pun, beliau menekankan yang mana sasaran dan keutamaan Twitter masih tidak berubah buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami