Cari @ Amanz

WhatsApp Menguji Paparan Jangkaan Masa Tiba Ketika Menghantar Fail Untuk Pengguna Beta

Link Copied!

Siapa sahaja di kalangan pembaca Amanz langsung tidak menggunakan WhatsApp? Pasti majoriti menggunakannya. WhatsApp bukan sahaja aplikasi pemesejan yang kita kenal, tetapi secara perlahan telah mula mengimplementasikan banyak ciri yang lebih memudahkan dan seronok digunakan.

Kelak, nombor yang tidak simpan dalam buku alamat boleh terus menghantar mesej WhatsApp. Kemudian akan ada ciri mengundi, reaksi, kebolehan menghantar fail sebesar 2GB dan baru-baru ini ciri multi-peranti baru sahaja capai fasa stabil.

Dalam pendedahan daripada WABetaInfo terkini, WhatsApp dilihat turut sedang menguji paparan ETA atau jangkaan masa tiba ketika menghantar fail kepada pengguna beta. Ini bermakna jika ada fail besar yang apabila pengguna hantar ia tidak terus diterima, pengguna boleh lihat anggaran masa fail ini dijangka siap sedia untuk dihantar.

Ini adalah ciri berguna, lagi-lagi dengan persediaan WhatsApp untuk membenarkan pengguna kongsi fail sebesar 2GB. Ciri ini dikatakan sudah hadir pada pengguna beta 2.22.8.11 pada Android, 22.8.0.74 pada iOS dan 2.2209.3 untuk versi desktop.


Komen ()