Alchemiya Kini Di Malaysia – Perkhidmatan Penstriman Kandungan Muslim, RM12.90 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan penstriman di Malaysia yang memfokuskan kepada kandungan muslim, termasuk Nurflix dan juga Durioo. Kini, memberikan lebih pilihan kepada pengguna tempatan, salah satu perkhidmatan penstriman yang turut boleh dilanggan adalah Alchemiya.

Alchemiya menawarkan kandungan meliputi filem, siri TV, animasi, dokumentari dan sebagainya, meliputi pelbagai topik berbeza. Ia tersedia untuk platform seperti iPhone, Android, Android TV dan turut melalui web.

Di Malaysia, perkhidmatan ini ditawarkan pada harga RM12.90 sebulan, atau RM129 setahun. Menariknya, bagi pelanggan Celcom, anda turut boleh mendapatkan ia pada harga RM9 sebulan melalui pembayaran menggunakan bil Celcom.

Layari : Alchemiya

komen


© Amanz / 2022 Kami