Cari @ Amanz

Vivo Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat – Vivo X Fold

Oleh Aman

Link Copied!

Vivo hari ini telah memperkenalkan telefon boleh-lupat mereka secara rasminya, dinamakan sebagai Vivo X Fold.

Vivo X Fold hadir dengan rekaan bukaan skrin seperti Galaxy Z Fold, membolehkan pengguna menikmati paparan bersaiz besar apabila ia dibuka, atau menutupnya untuk menggunakan ia pada saiz telefon pintar.

Vivo X Fold membawakan skrin luar bersaiz 6.53-inci, tetapi apabila ia dibuka membawakan paparan bersaiz 8.03-inci. Ini sekaligus membolehkan anda membuat sejumlah tugasan tambahan pada saiz skrin besar – termasuk menyunting dokumen dan sebagainya. Ia turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin untuk memudahkan anda membuat pengesahan pada peranti.

Menjana Vivo X Fold adalah cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, dan hadir dengan bateri berkapasiti 4600mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Disamping itu, Vivo turut menyertakan sokongan empat lensa kamera dibelakang, berjenama ZEISS. Pada bahagian belakang, ia mengabungkan sensor utama 50MP, 48MP ultra-lebar, selain sensor telefoto.

Dengan rekaan boleh-lipat, Vivo turut memberikan fokus pada bahagian engsel untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Vivo mengatakan ia mampu bertahan lipatan sebanyak 300,000 kali, iaitu secara kasar sebanyak 80 kali sehari selama 10 tahun.

Buat masa ini, telefon boleh-lipat ini dipasarkan di China sahaja. Pengenalan rasmi untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


Komen ()