Cari @ Amanz

Vivo X Fold Ialah Peranti Pertama Dengan Dua Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin

Link Copied!

Selain meminjam ciri suis notifikasi fizikal OnePlus, Vivo X Fold juga hadir sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan dua pengimbas cap jari bawah skrin. Satu diletakkan pada skrin luar dan sebuah lagi pada skrin boleh-lipat di bahagian dalam. Ini turut menjadikan X Fold telefon boleh-lipat pertama dengan pengimbas cap jari bawah skrin.

Peranti lain seperti Galaxy Z Fold, Oppo Find N dan Honor Magic V kesemuanya menggunakan pengimbas cap jari fizikal pada bahagian sisi terbina pada butang kuasa. Dengan ciri ini telah mula diperkenalkan pada peranti skrin boleh-lipat, menarik untuk melihat sama ada ia akan menjadi ikutan pengeluar lain yang tidak mahu ketinggalan di belakang Vivo.


Komen ()