Meta Menguji Jualan Barangan Maya Dalam Horizon Worlds Bagi Menjana Pendapatan

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap platform yang wujud perlu hadir dengan ciri yang membenarkan pengguna menjana pendapat. Instagram, Twitter, Facebook dan YouTube masing-masing mempunyai sistem ekonomi yang ampuh yang membuatkan pengguna terus setia menggunakannya saban hari. Meta percaya metamesta ialah teknologi yang akan meletus dalam masa terdekat, maka semalam mereka mengumumkan sokongan jual beli dalam Horizon Worlds untuk pengguna menjana pendapatan.

Ujian sistem jual beli di kalangan pengguna dunia metamesta ini telah dimulakan sekarang kepada pengguna di A.S dan Kanada. Penghasil kandungan yang berbakat boleh menjual barangan maya seperti busana dan objek 3D kepada pengguna lain yang ingin mengkustomasi avatar 3D dan ruang rumah maya mereka. Ini mirip dengan yang telah dilakukan dalam permianan Second Life lebih sedekad yang lalu.

Pada peringkat awal kesemua keuntungan jual beli akan dikutip oleh penghasil kandungan sebelum Meta mengambil potongan 25% di suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami