Cari @ Amanz

Netflix Memperkenalkan Butang Dua Ibu Jari Untuk Menunjukkan Anda Benar-Benar Sukakan Kandungan

Link Copied!

Di zaman awal, Netflix memperkenalkan sistem bintang bagi memberikan skor untuk setiap kandungan yang ditawarkan oleh mereka. Ia kemudiannya digantikan pula dengan ibu jari ke atas dan ibu jari ke bawah untuk sekali menunjukkan sama ada sukar ataupun tidak dengan kandungan yang telah ditonton. Berdasarkan input ini, Netflix akan menggunakan algoritma untuk menawarkan kandungan yang sama dan menolak kandungan lain dari disarankan.

Hari ini Netflix memperkenalkan pula butang dua ibu jari ke atas kepada pengguna. Dengan ciri ini pengguna boleh memberitahu Netflix yang mereka benar-benar suka dengan kandungan yang telah ditonton. Netflix berkata dengan ciri ini kandungan yang lebih releven akan disarankan kepada pengguna di masa hadapan. Ciri ini boleh diakses pengguna web, aplikasi TV, Android dan iOS hari ini.


Komen ()