Huawei MateBook 14 Non-Touchscreen Edition Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia hadir dengan barisan komputer riba yang memberi fokus terhadap produktiviti harian menerusi siri MateBook. Huawei MateBook 14 adalah salah satu daripadanya dan kini ia telah dikemaskini dengan variasi baharu. Melaluinya, ia tidak menyokong skrin sesentuh, dalam masa sama spesifikasi dalaman adalah lebih mirip dengan Huawei MateBook 14 model tahun 2021.

Seperti namanya, ia dilengkapi paparan skrin bersaiz 14-inci yang menawarkan sokongan resolusi 2160 X 1440 piksel. Paparan turut menyokong nisbah aspek 3:2 dan sokongan untuk gamut warna sRGB 100%. Melengkapinya adalah CPU Intel Core i5-1135G7 dengan padanan memori 16GB RAM, storan dalaman 512GB SSD dan perisian Microsoft Windows 11.

Lain lain spesifikasi termasuklah sokongan pengimbas jari yang terbina pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, bateri 56Wh dan pengecasan pantas dengan kuasa output 65W. Di China, Huawei MateBook 14 Non-Touchscreen Edition dijual pada RMB5,399 (~RM3,589) untuk seunit. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran luar.

Sumber : Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami