Sony Melabur $1 Bilion Pada Epic Games Dalam Memfokuskan Metamesta

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony dan Lego kini masing-masing dilihat melabur sebanyak $1 bilion pada penerbit permainan Fortnite, Epic Games. Dengan pelaburan ini, ia membawa kepada nilai syarikat Epic Games mencapai $31.5 bilion.

Bercakap mengenainya, Sony mengatkaan pelaburan ini adalah dalam usaha mereka terus menambah-baik hubungan dalam arena metamesta.

Pada hari ini, dengan pembangunan permainan seperti Fortnite, Epic Games sedia mempunyai kepakaran dalam membawa para pemain ke dunia maya, dan menikmati kandungan melaluinya. Fortnite sendiri pernah menganjurkan beberapa acara, termasuk konsert didalamnya.

Disamping itu, Epic Games juga terkenal dengan penawaran enjin permainan berkuasa mereka yang digunakan meluas dalam pelbagai permainan video.

Kesemua kepakaran ini dijangka akan menyumbang kepada pembangunan dunia metamesta yang baik, termasuk pengalaman menyeluruh kepada para pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami