Cari @ Amanz

OnePlus Ace Mungkin Adalah Pengganti Oppo Reno Ace?

Link Copied!

OnePlus dilihat cenderung untuk mempelbagaikan portfolionya dengan pengenalan pelbagai variasi produk selepas sekian lama memfokuskan kepada peranti utama. Bercakap lebih lanjut mengenainya, kini muncul desas desus terkini mengenai kewujudan peranti OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 8100 yang mungkin dikenali sebagai OnePlus Ace.

Peranti tersebut dikatakan bakal meneruskan legasi Oppo Reno Ace sebelum ini dengan beberapa tumpuan utama seperti prestasi dan pengecasan. Dalam pada itu, terdapat juga spekulasi yang mendakwa ia akan mempunyai sejumlah besar elemen yang sama seperti Realme GT Neo3, baik dari aspek rekaan mahupun perkakasan dalaman.

Oppo Reno Ace

Ini bermakna peranti mungkin hadir dengan skrin sebesar 6.7 inci yang menyokong resolusi FHD+. Melengkapinya juga adalah kamera utama yang lengkap dengan sensor Sony IMX766 dan bateri yang menyokong pengecasan pantas 150W. Tidak habis di situ, terdapat juga laporan berbeza yang mendakwa peranti ini akan dikenali sebagai OnePlus 10R untuk beberapa pasaran berbeza.

Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua maklumat yang tertiris ini, sama sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa. Sementara itu, OnePlus telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada bulan ini, terdapat sekurang kurangnya tiga produk yang akan diumumkan melaluinya.


Komen ()