Carian
Apple Mempatenkan Fabrik Pintar Untuk Baju, Kasut Dan Pelbagai Peranti Boleh Pakai
April 12, 2022 Fahim Zahar

Google mempunyai banyak eksperimen dengan teknologi aneh. Mereka ada sensor radar iaitu Soli untuk menjejak pergerakan dan lokasi untuk kawalan gestur. Mereka juga ada Project Jacquard, iaitu fabrik pintar yang boleh digunakan untuk kawalan gestur sentuhan.

Tetapi tahukah anda yang Apple sejak 2017 telah mempatenkan banyak fabrik pintar. Apple memiliki 45 paten untuk konsep fabrik pintar ini dan ia ingin digunakan pada pakaian pintar, kasut, selongsong papan kekunci untuk iPad, sarung tangan untuk kawalan AR/VR dan banyak lagi.

Paten terkini yang didedahkan oleh Patently Apple adalah, Apple telah mendaftar paten untuk Fabric Sensing Device. Daripada nama teknologi, ia dilihat ada potensi untuk pelbagai penggunaan yang mana antaranya adalah untuk peranti boleh pakai.

Apple mendakwa yang teknologi ini turut boleh digunakan untuk kawalan sentuhan melalui tali jam, seperti kawalan audio dan juga untuk komisukasi secara nirwayar dengan produk elektronik. Tiada informasi jelas untuk ini, tetapi dengan Google sudah ada jaket dan beg bersama jenama Levi’s dan Samsonite – tidak terkejut jika Apple akan bekerjasama dengan Hermès untuk produk pakaian atau beg dengan teknologi lebih kurang sama ini.

Komen