Carian
BigPay Mengaktifkan Ciri DuitNow Dan DuitNow QR Untuk Memudahkan Pembayaran Secara Nirtunai
April 12, 2022 Nazrin

BigPay, platform dompet digital dan kad debit yang terkenal untuk penawaran pertukaran matawang asing dengan kadar yang sangat baik hari ini telah mengemaskini aplikasi mereka untuk memuatkan ciri DuitNow dan DuitNow QR.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi BigPay, dan apabila melog masuk kedalam akaun, aplikasi tersebut akan hadir dengan satu ikon kod QR di penjuru skrin, dan apabila anda menekannya, BigPay akan bertanya jika anda mahu mengaktifkan ciri tersebut.

Apabila diaktifkan, pengguna boleh menghantar dan menerima wang menggunakan kod QR DuitNow, yang mana jika anda menerima wang menggunakan kod QR DuitNow pada aplikasi BigPay, wang tersebut akan dihantar ke akaun BigPay anda dengan serta-merta.

Anda juga boleh menggunakan ciri DuitNow Transfer pada aplikasi ini, dan memasukkan nombor telefon ataupun akaun bank dan menghantar wang melalui akaun BigPay jika anda tidak mahu menggunakan kod QR.

Dengan ini, ia dilihat lebih mudah untuk anda memberi dan menerima wang sekiranya dompet digital utama anda adalah BigPay yang dipadankan bersama-sama dengan kad debitnya.

Komen