Kini Anda Perlu Gunakan Secure2U Untuk Melakukan Perubahan Tetapan Pada Maybank2U

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank agak aktif dalam peralihan daripada penggunaan SMS TAC kepada Secure2U. Beberapa pilihan ciri pada perkhidmatan perbankan mereka telah diubah untuk menggunakan Secure2U, dan kini Maybank turut mengaktifkan penggunaan Secure2U untuk melakukan perubahan tetapan pada perkhidmatan Maybank2U andaa.

Dengan langkah ini, sebarang perubahan pada tetapan Maybank2U akan memerlukan pengesahan melalui Secure2U. Disamping itu, Secure2U juga digunakan untuk pendaftaran DuitNow, selain juga untuk melakukan tetapan “Favourite” untuk beberapa pemindahan.

Untuk memastikan anda dapat kekal menggunakan perkhidmatan Maybank2U seperti biasa, mungkin anda boleh aktifkan Secure2U melalui aplikasi MAE atau M2U MY hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami