Cari @ Amanz

Huawei MatePad 10.4″ 2022 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Huawei Malaysia telah menjadualkan sebuah acara pelancaran beberapa produk baharu pada 20 April 2022. Menjelang pelancaran rasmi, satu persatu produk kini mula diperlihatkan dan Huawei MatePad 10.4 2022 adalah salah satu daripadanya. Laman pengiklanan rasmi juga telah mula diterbitkan menerusi kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee.

Mengulas lebih lanjut mengenainya, ia dilihat sebuah tablet yang memberi tumpuan terhadap penggunaan ringan menerusi janaan cip Kirin 710A. Di samping itu, ia turut dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 7,250mAh. Seperti namanya, paparannya adalah bersaiz 10.4 inci IPS dengan resolusi 2000 X 1200 piksel. Seterusnya, kamera utama adalah 13-Meha, manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP.

Dalam perkembangan berbeza, Huawei MateBook D15 2022 turut bakal diumumkan bersama-sama tablet ini. Namun setakat artikel ditulis, peranti peranti tersebut hanya disenarai tanpa pengumuman harga jualan rasmi. Seperti biasa, persoalan mengenainya bakal terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Sumber : Huawei Malaysia

Komen ()