Majalah Forbes akan mengeluarkan senarai manusia terkaya mereka setiap tahun yang turut merangkumi juga YouTuber yang paling banyak menjana pendapatan. Di zaman NFT ini, Forbes tidak mahu ketinggalan trend dan telah melancarkan koleksi Forbes Virtual NFT Billionaire yang terdiri daripada 100 NFT watak bilionwan maya masing-masing dengan profil peribadi yang unik.

Menurut Forbes ramai tidak berjaya memasuki senarai rasmi hartawan terkaya mereka dan koleksi ini akan membenarkan sesiapa sahaja memiliki bilionwan dalam bentuk karya seni NFT. NFT sudah dijual hari ini selepas sebelum ini hanya dibuka kepada pelanggan Forbes sahaja. Dengan koleksi ini Forbes tidak mahu ketinggalan menerjah masuk ke dunia rantaian blok dan metamesta yang kini menjadi trend setiap syarikat.