iQiyi merupakan salah satu perkhidmatan penstriman popular di Malaysia, menawarkan pelbagai kandungan dari China, Korea, dan juga kandungan berbentuk anime – disamping kandungan-kandungan terbitan Malaysia.

iQiyi sebelum ini ditawarkan pada harga langganan RM8.90 sebulan untuk pakej “Standard VIP”, dan RM23.90 sebulan untuk pakej “Premium VIP”.
Apa pun, sejak penghujung Mac 2022 lepas, iQiyi dilihat telah mengubah harga langganan untuk perkhidmatan penstriman mereka.
Kini, harga paling minima untuk langganan adalah RM11.90 sebulan (berbanding RM8.90 sebelum ini) – memperlihatkan sedikit peningkatan untuk pelan “Standard VIP”.
Namun, untuk pakej Premium VIP, harga langganannya kini dah berkurangan sedikit kepada RM17.90 sebulan – membolehkan anda menikmati ia pada 4 peranti pada sesuatu masa.

Apa pun, bagi pelanggan yang sedia melanggan pakej Standard VIP sedia ada, harga langganan akan kekal seperti biasa buat masa ini.