Carian
GoPro Hero10 Black Bones Dilancarkan Khusus Untuk Dron
April 13, 2022 Effi Saharudin

Kamera aksi dipopularkan oleh GoPro pada tahun 2004 bagi memenuhi keperluan peminat sukan lasak yang inginkan kamera yang tidak mudah rosak. Saiznya yang padat dan juga ianya agak ringan menjadikannya kamera pilihan. Semalam GoPro Hero10 Black Bones telah dilancarkan pula kali ini khusus untuk digunakan pada dron.

Hero10 Black Bones ialah GoPro yang paling ringan pernah dihasilkan dengan berat sekitar 54 gram sahaja – hampir 1/3 berat Hero10 Black. Selain lebih ringan ianya juga mempunyai rekaan yang lebih padat tetapi ia tidak mempunyai sebarang bateri terbina ataupun panel LCD untuk melihat semula rakaman. Untuk berfungsi kamera ini perlu mendapatkan kuasa dari pek bateri dron ia diterbangkan. Juga perlu ditekankan kamera ini juga tidak kalis air.

Kamera masih dilengkapi sensor 1/2.3″ yang membolehkan ia merakam video 5.3K 60FPS dan gambar statik pula sebesar 19.6 MP. Ciri HyperSmooth 4.0 dan ReelSteady disertakan sekali bagi memastikan video yang dirakam kelihatan stabil. GoPro Hero10 Black Bones dijual pada harga $400 (~RM1692) sebuah.

Komen