Cari @ Amanz

Redmagic 7 sudah pun dilancarkan pada dua bulan lalu. Ia adalah peranti gaming Android dengan skrin 6.8-inci, menyokong kadar segar semula tinggi 165Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 18GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Peranti ini turut menjalankan sistem operasi Redmagic OS 5.0, menggunakan bateri 4500mAh dan pengecasan pantas 120W.

Redmagic turut membawakan sokongan Arc untuk memori dan GPU yang lebih pantas, sistem penyejukan ICE 8.0 dengan pusingan kipas 20,000 RPM untuk menjamin peranti tidak memanas, dan sudah semestinya ada lampu RGB. Redmagic 7 menggunakan kamera tri-lensa 64MP, kamera swafoto 16MP dan turut mempunyai pembesar suara stereo.

Peranti secara senyap telah pun mula dijual di Malaysia sejak bulan Mac lalu melalui Shopee rasmi Redmagic. Mereka menawarkan tiga variasi iaitu 12/128 GB warna Obsidian, 16/256 GB warna Pulsar dan 18/256 GB warna Supernova.

Harga jualan adalah bermula dari RM3,031.99 dan mencapai sehingga RM3,885.99. Bagi yang berminat anda boleh ke pautan di bawah untuk membeli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd