Oppo F21 Pro 5G Dan F21 Pro Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 695, Kamera 64MP

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan penawaran baharu di bawah siri F. Melaluinya, Oppo F21 Pro 5G dan Oppo F21 Pro telah dilancarkan secara rasmi di India. Melihat pada penawarannya, Oppo F21 Pro adalah sebuah Oppo Reno7 4G yang di jenama semula. Sementara itu, Oppo F21 Pro pula hanyalah sebuah Oppo Reno7 Z 5G untuk beberapa pasaran luar.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo F21 Pro 5G dilengkapi skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,500mAh.

Sistem kamera utama pul terdiri dengan 64MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari terbina di skrin, menjalankan ColorOS 12, bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Oppo F21 Pro pula menggunakan skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan pula adalah Snapdragon 680 yang dipadankan dengan memori 8GB dan storan dalaman 128GB. Kapasiti bateri adalah 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Sistem kamera utama terdiri dengan 64MP + 2MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, pengimbas cap jari terbina pada skrin, port sambungan USB-C, menjalankan ColorOS 12.1 dan sebagainya.

Di India, Oppo F21 Pro 5G dijual pada harga serendah INR26,999 (~RM1,500), sementara itu Oppo F21 Pro pula berharga serendah INR22,999 (~RM1,278). Terdapat beberapa warna yang ditawarkan seperti Cosmic Black dan Sunset Orange untuk Oppo F21 Pro. Sementara itu, Oppo F21 Pro 5G pula tersedia dalam warna Cosmic Black dan Rainbow Spectrum.

Sumber : Oppo India

komen


© Amanz / 2022 Kami