Cari @ Amanz

Realme 9 Pro+ telah dilancarkan dengan beberapa tumpuan utama. Antaranya seperti dijana dengan cip MediaTek Dimensity 920 dan kamera 50MP (Sony IMX766) bersama OIS terbina. Terkini, peranti berkenaan telah dikemaskini dengan variasi baharu menerusi pengenalan Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition.

Tiada perubahan spesifikasi dan reka bentuk yang dilakukan. Tetapi, perubahan ketara boleh dilihat menerusi kemasan luaran. Seperti namanya, ia dilihat menampilkan kemasan serba baharu yang bertemakan permainan FreeFire. Panel belakang menggabungkan kemasan berwarna biru berkilau dan sedikit pantulan cahaya seakan pelangi. Kemudian, terdapat juga perkataan ‘Booyah’ bersebelahan dengan kamera utama.

Di samping itu, kotak bungkusan yang disertakan juga berbeza berbanding biasa dengan idea pembuatan yang diilhamkan daripada permainan berkenaan. Tidak ketinggalan terdapat juga pelekat khas dan sejumlah kandungan lain yang boleh ditebus menerusi permainan. Untuk harga, Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition dijual di Thailand pada BHT11,999 (~RM1,515) untuk seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd