Cari @ Amanz

Oppo Malaysia kini berkongsi perancangan untuk mengemaskini barisan peranti di bawah siri A. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Oppo A96 yang dijangkakan tiba tidak lama lagi. Laman pengiklanan rasmi juga telah mula diterbitkan menerusi kedai atas talian rasmi Oppo, Lazada dan Shopee.

Bagi yang berminat, sesi pra-tempah akan dibuka bermula 18 – 22 April 2022 dan setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai hingga RM1,055 (terhad untuk pembelian menerusi kedai atas talian rasmi Oppo). Ianya terdiri dengan kotak misteri (RM99), Sensor Light (RM79), baucar rebat (RM50) dan banyak lagi. Namun begitu, anda sebenarnya sudah boleh membuat bayaran pendahuluan bernilai RM100 bermula 14 – 17 April 2022. Setiap pembayaran yang dibuat akan didatangkan dengan hadiah misteri menarik dan baucar percuma bernilai RM100.

Bercakap sedikit mengenai spesifikasi, Oppo A96 merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 680. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Paparan skrin turut menyokong kadar segar semula 90Hz, manakala kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Seperti biasa, penawaran penuh termasuk harga jualan rasmi bakal terjawab selepas ia dilancarkan kelak. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus yang dikongsi setakat ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd