Duovox Mate Pro Boleh Mengambil Video Berwarna Walaupun Dalam Keadaan Gelap Gelita

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam permainan video Call fo Duty sudah menjadi klise dunia menjadi kelabu dan hijau apabila watak menggunakan gogal pandangan waktu malam. Tetapi syarikat Duovox ingin melakukan perubahan besar dengan memperkenalkan kamera Duovox Mate Pro yang boleh mengambil video berwarna walaupun dalam keadaan gelap gelita.

Kamera ini dilengkapi sensor Sony STARVIS 2 CMOS yang dipadankan dengan lensa f/0.9. Video sehingga resolusi 2K boleh diambil walaupun pada tahap keterangan 0.0001 Lux yang hampir gelap gelita di waktu malam tanpa cahaya dari bulan. Kawasan persekitaran 300 meter dari kamera boleh diambil dalam mod warna sepenuhnya.

Terdapat skrin sensentuh 3″ pada panel belakang untuk mengubah tetapan kamera dan bateri sebesar 3000 mAh memberikan hayat operasi sehingga 4 jam. Storan mikroSD sehingga 512GB disokong. Ia turut boleh digunakan sebagai kamera web sekiranya diperlukan.

Duovox Mate Pro kini mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dengan ia boleh dibeli pada harga bermula $599 (~RM2536) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami