Barisan peranti pintar Motorola dikemaskini dengan penawaran model baharu. Melaluinya, Moto G52 telah diumumkan dengan rekaan fizikal seumpama model terdahulu. Namun, ia dibekalkan perkakasan dalaman yang berbeza.
Mengulas lebih lanjut mengenainya, Moto G52 dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Paparannya turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti menyokong paparan warna DCI-P3, nisbah skrin-ke-badan 20:9 dan ketumpatan piksel sekitar 402ppi. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5,000mAh, pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm, penarafan IP52 dan sebagainya. Untuk harga, Moto G52 dijual pada €250 (~RM1145).
- Sumber : Motorola Europe