Cari @ Amanz

Setiap dekad mempunyai tema dan barangan ikonik masing-masing. Sebagai insan yang lahir di dekad 70an, membesar di dekad 80an dan mempelajari selok belok dunia pada dekad 90an, saya mempunyai memori yang menarik dari ketiga-tiga dekad ini. Waze hari ini memperkenalkan pula pek teman 70an, 80an dan 90an dalam aplikasi bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman memandu yang lebih menarik.

Jika tema 70an dipilih, avatar pengguna berubah lampu lava, ikon kenderaan berubah menjadi van dan suara navigasi adalah seorang DJ. Dekad 80an pula mengubah avatar menjadi radio mudah alih, ikon kenderaan menjadi kereta lumba dan suara navigasi pula ialah pengajar erobik. Akhir sekali tema 90an mengubah avatar pengguna menjadi komputer, ikon kenderaan menjadi SUV, dan suara navigasi pula ialah artis 90an.

Ciri ini boleh digunakan sekarang di Malaysia. Ubah tetapan tema dengan menekan butang My Waze di bahagian bawah skrin ketika aplikasi digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd