NASA merupakan salah satu agensi yang aktif dalam eksplorasi angkasa, dan kini turut mengesahkan penemuan komet tersebar yang diperhatikan oleh Hubble Space Telescope sebelum ini.
Komet ini dilihat mempunyai saiz diameter sekitar 128 kilometer, menjadikan ia penemuaan yang terbesar setakat ini. Komet ini juga dikatakan membawa isipadu berjumlah 500 trilion tan.

Dikenali dengan nama C/2014 UN271 (Bernardinelli-Bernstein), komet ini sedang bergerak ke arah sini pada kelajuan 35,000km/j daripada pinggir sistem solar. Apa pun, tidak perlu risau kerana ia tidak akan lebih rapat pada jarak 1.6 bilion kilometer dari matahari – dan itu pun pada tahun 2031 kelak.
Penemuan komet ini telah direkodkan pada tahun lepas, dengan menyemak pada pelbagai rakaman gambar sehingga ke tahun 2010 lepas. Pada awalnya ia dianggap sebagai sebuah planet pada jarak jauh – namun selepas kajian dan pengamatan lanjutan, kini ia disahkan oleh pihak NASA.
Penemuan ini juga turut dijangka membawa kepada kajian lanjutan berkenaan jenis komet dan sebagainya yang masih belum ditemui di angkasa.