iMovie 3.0 Membawakan Ciri Magic Movie Dan Templat Untuk Menghasilkan Video Menarik

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini iMovie 3 diberikan kepada peranti iPhone dan iPad hari ini. Menerusi beberapa ciri baharu yang diperkenalkan, pengguna akan dapat menghasilkan video yang lebih baik menggunakan sistem automasi Magic Movie dan templat pelbagai genre video menerusi ciri Storyboards.

Magic Movie menghasilkan video yang menarik menggunakan klip video dan gambar yang dipilih oleh pengguna dari galeri. Perisian akan dapat mengesan babak yang menarik sebelum memotongnya. Transisi antara babak, suntingan dan lagu dimasukkan secara automatik. Jika suntingan automatik tidak memuaskan pengguna, mereka masih boleh melakukan suntingan secara manual dari susur masa yang telah dihasilkan.

Seterusnya ciri Storyboards menawarkan templat untuk 20 jenis video seperti perayaan, tutorial solekan, vlog, filem, soal jawab dan pelbagai lagi tema yang popular di kalangan pengkarya sekarang. Storyboards memberikan saranan babak apa yang perlu dirakam berserta tips untuk menghasilkan video yang lebih baik.

iMovie 3.0 boleh dimuat turun secara percuma pada peranti yang menggunakan sistem operasi  iOS 15.2 ke atas dan iPadOS 15.2 dan ke atas.

komen


© Amanz / 2022 Kami