Carian
Tim Cook : “Sideloading” Aplikasi Adalah Tidak Baik Untuk Privasi Dan Sekuriti
April 13, 2022 Aman

Tim Cook, CEO Apple kini telah menghadirkan diri ke acara IAPP Global Privacy Summit, dan memberikan ucaptama berkaitan dengan kepentingan privasi, serta apakah langkah-langkah yang diambil oleh Apple dalam memastikan pengguna mereka terus kekal selamat.

Pada ucaptama sama, Tim Cook turut menyentuh mengatakan “sideloading” atau memuatkan sesuatu aplikasi tanpa melalui kedai aplikasi adalah berbahaya untuk pengguna dari segi privasi dan sekuriti.

Beliau turut memberikan contoh ketika penularan Covid-19, aplikasi berbentuk penjejak Covid tersebar pada platform lain, yang mana akhirnya ia bukanlah aplikasi sedemikian tetapi berbentuk “ransomware”.

Tim Cook turut menekankan yang mana “sideloading” turut boleh digunakan oleh syarikat-syarikat yang menghimpunkan data pengguna, sekaligus melanggar privasi pengguna.

Pada masa yang sama, Tim Cook menekankan Apple terbuka untuk persaingan, dan pada masa yang sama ingin membentuk persekitaran selamat untuk pengguna tanpa menjejas privasi mereka.

Perkongsian daripada Tim Cook ini adalah selari dengan semakan pihak berkuasa yang inginkan proses pemuatan aplikasi tanpa melalui kedai aplikasi App Store dibenarkan oleh pengeluar peranti. Apa pun, perkara ini masih sedang diperdebatkan ramai buat masa ini.

Komen