Meta Akan Mengambil Potongan 47.5% Dari Setiap Transaksi Dalam Horizon Worlds

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu ini Meta mengumumkan mereka akan membenarkan pengguna menjual barangan maya dalam platform metamesta mereka Horizon Worlds. Antara yang boleh dijual ialah aksesori, pakaian dan perabot yang kemudiannya boleh menghiasi ruang maya yang dimiliki pengguna platform. Hari ini Meta mengesahkan mereka akan mengambil 47.5% potongan dari setiap jualan dalam Horizon Worlds.

Mark Zuckerberg

Potongan pertama 30% akan diambil oleh platform Meta Quest sementara dari baki yang tinggal potongan 25% lagi akan diambil oleh Meta App Store. Ini menjadikan potongan keseluruhan yang diambil oleh Meta untuk setiap transaksi ialah 47.5%. Potongan yang diambil ini adalah lebih tinggi berbanding 30% yang dikenakan oleh Apple dan Google menerusi stor aplikasi mereka sekarang.

Facebook mengubah nama mereka kepada Meta kerana percaya dengan masa depan metamesta sebagai platform Web 3.0 dalam masa terdekat. Tetapi jika potongan hampir separuh ini diteruskan, besar kemungkinan ia akan membuatkan ramai pembangun memilih platform lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami