Google Memperkenalkan Aplikasi “Switch To Android” Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini dilihat telah menerbitkan aplikasi “Switch to Android” di App Store, sekaligus memudahkan pengguna iPhone untuk beralih ke peranti Android – dan memindahkan data dengan mudah.

Melalui penerbitan aplikasi berkenaan, Google mengatakan pengguna boleh memindahkan data penting mereka dari iPhone ke Android – termasuk gambar, video, senarai buku alamat, dan juga kalendar.

Disamping itu, aplikasi ini juga dilihat akan membantu pengguna dalam melakukan tetapan awal ketika berpindah ke peranti Android.

Bagi anda yang berhasrat untuk berpindah dari iPhone ke Android, boleh memuat-turun aplikasi “Switch to Android” hari ini – dan membawa bersama data-data anda ketika berpindah antara platform dengan mudah.

Muat-Turun Switch to Android

komen


© Amanz / 2022 Kami