Cari @ Amanz

NFT Ciapan Pertama Jack Dorsey Yang Dijual Pada Harga RM201 Juta Hanya Menerima Bidaan RM15 Ribu

Link Copied!

Tahun lalu NFT untuk ciapan pertama Jack Dorsey di Twitter dibeli pada harga hampir RM12 juta oleh Sina Estavi. Seminggu lalu Estavi ingin menjual semula NFT ini dengan meletakkan harga $47 juta (~RM201 juta) dengan beliau berjanji akan mendermakan separuh hasil jualan kepada sebuah badan amal.

Selepas dijual di OpenSea bidaan tertinggi yang diterima untuk NFT ini hanya mencecah 1.163 ETH (~RM15,000) sahaja. Lebih menyedihkan bidaan terendah untuk NFT yang cukup terkemuka ini ialah 0.0019 ETH (~RM13). Ia juga hanya menerima 17 bidaan dari mereka yang berminat untuk membeli.

Sebagai antara NFT yang mendapat perhatian media, kegagalannya untuk dijual pada harga sekurang-kurangnya balik modal adalah mengejutkan. Tetapi pasaran NFT kini sudah semakin menyejuk berbanding dua bulan lalu dengan beberapa laporan mengatakan transaksinya juga sudah menjunam sekitar 70%.

[sumbr] Sumber – OpenSea [/sumber]


Komen ()