IQOO Neo6 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Dan Pengecasan Pantas 80W

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IQOO Neo6 telah diumumkan secara rasmi di China, sekaligus menjadi penawaran terkini buat jenama berkenaan. Melihat pada penawarannya, ia lengkap dengan spesifikasi kelas mercu menerusi janaan cip Snapdragon 8 Gen1.

Mengulas lebih lanjut, ia juga menggunakan skrin sebesar 6.62-inci AMOLED FHD+ (2400×1080 piksel) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB turut disertakan. Kapasiti bateri pula adalah 4,700mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.

Sistem kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 12MP (ultra-lebar) + 2MP (monokrom), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong rangkaian 5G terbina, menjalankan OriginOS Ocean berasaskan Android 12, bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Untuk harga, iQOO Neo6 (8GB/128GB) dijual pada RMB2,799 (~RM1,859), iQOO Neo6 (8GB/256GB) pula RMB2999 (~RM1,992) dan variasi 12GB/256GB berharga RMB3,299 (~RM2,191). Buat masa ini, peranti pintar ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu.

Sumber : iQOO China

komen


© Amanz / 2022 Kami