Cari @ Amanz

Acara Kemasukan 3800 Pelajar Ke Universiti Jepun Dilakukan Dalam Metamesta

Link Copied!

Memasuki universiti ialah antara pengalaman mengujakan kerana akhirnya pelajar lebih bebas daripada kongkongan keluarga dan menjadi langkah pertama ke alam dewasa. Di Jepun dengan pandemik masih lagi belum diisytihar sebagai endemik, acara berkumpul beramai-ramai masih tidak dibenarkan. Bagi memastikan pelajar baru tidak ketinggalan menghadiri acara kemasukan ke universiti, NSG College League yang terletak di Jepun mengadakannya di dalam metamesta.

Acara yang pertama kali dilakukan ini dihadiri oleh 3800 pelajar baru dari 29 cawangan universiti mereka. Ucapan dari wakil universiti pula adalah menggunakan avatar tiga dimensi dan pelajar pula menggunakan avatar robot dalam perhimpunan maya ini.

Universiti berharap dengan adanya acara ini pelajar yang berjauhan masih boleh bertemu untuk acara yang cukup penting di Jepun. Selain dihadiri pelajar, hampir 2000 ibu bapa turut menonton acara menerusi saluran YouTube.


Komen ()