Selepas diumumkan di pasaran Filipina, kini giliran pengguna di Malaysia pula menerima penawaran untuk Realme Pad Mini. Melihat perkongsian terkini Realme, tablet berkenaan bakal dilancarkan pada 20 April, yakni seiring dengan pengenalan untuk Realme 9 4G. Acara pelancaran diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia.

Sekiranya tablet ini adalah model yang sama seumpama sebelum ini. Ia kelak akan menyokong skrin LCD bersaiz 8.7-inci dan dijana dengan cip Unisoc T616. Bateri pula sebesar 6,400mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kemudian diikuti dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto sebesar 5MP. Seperti biasa, penawaran selanjutnya akan kami kongsi selepas ia dilancarkan kelak, termasuklah harga jualan rasmi.