CNN+ Hanya Mempunyai 10,000 Pengguna Aktif Harian Sejak Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkhidmatan penstriman CNN+ telah dilancarkan pada penghujung bulan Mac. Selepas lebih dua minggu beroperasi kini timbul laporan ia hanya mempunyai 10,000 pengguna aktif harian berbanding lebih 100,000 pelanggan yang sudah mendaftar setakat ini. Permulaan yang agak perlahan untuk syarikat berita gergasi ini pastinya merisaukan kerana saluran TV mereka mempunyai sekitar 800,000 penonton aktif harian.

Kini timbul spekulasi CNN+ mungkin akan ditawarkan sekali bersama HBO Max dan Discovery+ dalam berkas yang menawarkan nilai lebih baik kepada pelanggan. Ini mungkin petanda bahawa masih tidak ada permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan penstriman berita secara VOD kerana pasaran kini didominasi oleh kandungan hiburan. Angka pengguna yang rendah ini mirip yang berlaku kepada Quibi yang dihentikan operasi enam bulan selepas dilancarkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami