Carian
Pendaftaran Untuk Tablet PerantiSiswa Dibuka Bermula Esok – Ini Spesifikasi Minimum Tablet
April 14, 2022 Nazrin

Program PerantiSiswa ialah sebuah projek yang diperkenalkan di Belanjawan 2022 sebagai satu cara untuk membantu para siswa dan siswazah mendapatkan peranti untuk memudahkan proses pendidikan dan pembelajaran.

Seperti yang sedia maklum, pendaftaran untuk program PerantiSiswa ini akan mula dibuka jam 8 pagi, 15 April 2022 ini, melalui laman web PerantiSiswa. Melalui program ini, siswa dan siswazah yang tergolong dalam kumpulan ekonomi B40 boleh menerima sebuah peranti tablet yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran sepanjang waktu mereka berada di kolej dan universiti.

Spesifikasi umum untuk tablet-tablet dibawah program PerantiSiswa ini juga diumumkan sewaktu acara pelancaran tersebut:

○Skrin 10.1” Paparan HD, 1280×800
○ Android OS 10 dan ke atas
○ 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
○ Minimum RAM 4GB
○ Minimum storan 64GB
○ Slot SD Micro sehingga 256GB
○ Kamera hadapan minimum 2MP
○ Kamera belakang minimum 5MP
○ Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk
headset
○ Bluetooth 4.1 dan ke atas
○ WiFi 2.4GHz & 5Ghz
○ Bateri minimum 4500 mAh
○ Pengecas USB disertakan
○ Papan kekunci bluetooth disertakan
○ Pen stylus disertakan.

Spesifikasi umum ini memperlihatkan bahawa tablet-tablet yang akan ditawarkan kepada para siswa ini adalah fleksibel dari segi penawaran jenama, yang mana ia perlu sekurang-kurangnya menuruti senarai spesifikasi diatas.

Tablet

Program PerantiSiswa ini dijangka akan membantu seramai 350,000 para pelajar yang menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tinggi awam, politeknik, kolej komuniti dan juga institusi pengajian tinggi swasta yang berada dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut pihak K-KOMM lagi, selepas pendaftaran untuk peranti tablet ini disahkan, ia akan diagihkan kepada para siswa bermula awal bulan Jun kelak. Pengagihan peranti tersebut akan dilakukan secara berperingkat, dan spesifikasi khusus peranti-peranti yang akan ditawarkan ini akan diumumkan kelak.

Komen