FIFA+ Dilancarkan Dengan Kandungan Boleh Ditonton Percuma

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

FIFA+ ialah platform penstriman video terkini yang dilancarkan hari ini. Dari namanya anda pasti boleh mengagak ia adalah platform penstriman kandungan bola sepak yang menawarkan puluhan ribu kandungan termasuk 40,000 perlawanan secara langsung secara percuma pada tahun pertama. Antara yang menarik perhatian ialah perlawanan-perlawanan penuh dari Piala Dunia dan juga dokumentari mengenai ikon dalam sukan yang paling popular dunia ini.

Ia boleh diakses menggunakan pelayar web serta aplikasi peranti pintar Android dan iOS. FIFA+ akan menawarkan perlawanan bola sepak secara langsung dari 100 negara ahli dan enam konfederasi bola sepak. Pada peringkat awal platform akan disokong sepenuhnya menerusi pengiklanan dengan perancangan menjadikannya perkhidmatan berbayar di masa hadapan.

Mungkin kelak kesemua temasya sukan utama FIFA seperti Piala Dunia boleh distrim menerusi FIFA+ dengan pengguna tidak lagi terikat kepada syarikat kabel berbayar seperti sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami