Realme Q5 bakal dilancarkan di China pada 20 April 2022 dan satu persatu spesifikasi padanya mula didedahkan. Melihat perkongsian terkini Realme, peranti pintar ini disahkan hadir dengan bateri sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 80W. Ini adalah sistem pengecasan yang sama digunakan pada Realme GT Neo3. Menurut Realme, bateri sebesar 5000mAh boleh di cas penuh dalam hanya 32 minit sahaja.
Dalam perkembangan berbeza, Realme juga dikatakan bakal bekerjasama dengan jenama kasut ikonik Vans untuk pengenalan peranti ini. Gambaran mengenai kemasannya turut mula diperlihatkan dalam imej yang tular. Melaluinya, edisi terhad Realme Q5 mungkin diumumkan dengan kemasan bercorak papan dam. Melaluinya, ia turut menampilkan dua gabungan warna utama iaitu kuning dan putih.
Buat masa ini, masih tidak diketahui berapa bilangan model yang bakal diumumkan kelak. Namun, siri ini kebiasaannya hadir dengan dua variasi yang terdiri dengan standard dan juga pro. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai peranti ini dari masa ke semasa.
- Sumber : Realme Weibo