Selangor Akan Diberi Keutamaan Dalam Naik-Taraf Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri K-KOMM kini mengatakan negeri Selangor akan diberi keutamaan dalam naik-taraf rangkaian perkhidmatan 5G.

Buat masa ini, rangkaian 5G tersedia di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya – dan disokong oleh Yes sahaja. Syarikat telekomunikasi lain masih senyap berkenaan pengenalan perkhidmatan masing-masing.

Tambah menteri lagi, dibawah program JENDELA, Selangor menerima peruntukkan sebanyak RM5.34 bilion dalam usaha menaik-taraf sistem telekomunikasi di negeri berkenaan.

Dibawah JENDELA, antara perkara yang diutamakan adalah termasuk menaik-taraf menara telekomunikasi 4G, disamping meningkatkan jumlah rumah yang mempunyai sambungan gentian optik.

Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin melihat pihak DNB memperluaskan infrastruktur mereka meliputi keseluruhan Selangor lebih pantas berbanding negeri lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami