Carian
Snapchat Melancarkan Dynamic Discoveries – Mengubah Artikel Berita Menjadi Stories Secara Automatik
April 14, 2022 Fahim Zahar

Snapchat tidak pernah berhenti mencuba sesuatu yang baru agar platform media sosial mereka masih ada pengguna yang kekal menggunakannya. Mereka yang memulakan konsep Stories dan penuras bergerak (animasi) kini telah ditiru oleh pesaing terpaksa mencari jalan lain untuk menampakkan aplikasi mereka masih menarik.

Terkini Snapchat memperkenalkan Dynamic Discoveries. Ia adalah ciri yang menyasarkan akaun-akaun media atau penerbit berita yang menulis artikel atau mengeluarkan berita terkini. Ciri baharu ini akan menggunakan suapan RSS, dan akan menjana Stories baharu berdasarkan kandungan daripada laman-laman web media dan berita tadi.

Buat masa ini ciri ini terhad di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan India dengan kerjasama beberapa laman media dan berita popular dari negara-negara tersebut. Tidak pasti jika Snapchat akan membuka ciri ini secara lebih meluas untuk negara-negara lain.

Komen