Cari @ Amanz

NASA Akan Menggunakan Van Elektrik Keluaran Canoo Untuk Misi Artemis

Link Copied!

Angkasawan SpaceX menggunakan kereta Tesla Model X untuk pergi ke kapal angkasa di hari pelancaran. Angkasawan Blue Origin pula menggunakan trak keluaran Rivian. Untuk angkasawan NASA yang menyertai Misi Artemis, mereka akan menggunakan trak elektrik keluaran Canoo untuk pergi dari tapak pelancaran. NASA dan Canoo berkongsi imej pengolokan rasmi kenderaan hari ini.

Canoo akan mengeluarkan beberapa kenderaan untuk kegunaan krew menjelang Jun 2023. Misi Artemis ingin mengembalikan angkasawan ke permukaan bulan buat pertama kali sejak 1972. Ini turut menjadi misi pertama seorang wanita tiba ke permukaan bulan.

Sekiranya kesemuanya berjalan lancar, pendaratan ini akan dilakukan pada tahun 2025. Kerana isu melibatkan roket dan saman yang difailkan oleh Blue Origin, berlaku kelewatan tetapi NASA telah membuka peluang kepada syarikat kedua untuk membangunkan modul pendaratan bulan setelah sebelum ini hanya memilih sistem yang dibangunkan SpaceX.


Komen ()