Elon Musk Tawar Untuk Membeli Keseluruhan Twitter Pada Nilai RM181 Bilion

Diterbitkan pada Apr 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk sebelum ini telah membeli pegangan sebanyak 9.2% pada Twitter, dan sejak daripada itu, pelbagai perkara hangat diperkatakan. Kini, selang beberapa hari, Elon Musk telah membuat tawaran untuk membeli keseluruhan Twitter dengan nilai $54.20 setiap saham. Ini sekaligus membawa kepada nilai keseluruhan Twitter sekitar $43 bilion (~RM181 bilion).

Elon Musk turut mengatakan, sekiranya tawaran ini tidak diterima, beliau akan melihat kembali kepada posisi beliau sebagai pemegang saham pada syarikat tersebut.

Elon Musk mengatakan beliau melihat potensi yang besar pada Twitter, dan mengatakan akan memperluaskannya dengan membeli ia. Ini termasuk dari segi kebebasan suara, dan beberapa perkara lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ahli lembaga lain akan menerima tawaran daripada Elon Musk ini atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami