WhatsApp Umum “Communities” – Evolusi Yang Gabungkan Beberapa “Groups” Bawah Satu Bumbung

Diterbitkan pada Apr 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp hari ini mengumumkan eksperimen ciri terbaru mereka, dinamakan “Communities”. Melaluinya, ia akan menghimpunkan beberapa WhatsApp Groups yang berkait dibawah satu halaman, sekaligus memudahkan pengurusaan untuknya.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh membentuk “Communities” untuk kerja, dan dibawah ia menyertakan pelbagai Groups bahagian pejabat berbeza untuk memudahkan komunikasi. Selain itu, untuk pelajar pula, anda boleh membentuk “Communities” berbentuk kelas, dan di dalamnya menghimpunkan Groups berbeza yang mungkin adalah matapelajaran setiap satunya.

Dengan langkah ini, ia akan menjadikan komunikasi dan komuniti lebih terurus berbanding hari ini. Langkah ini juga dilihat menjadi evolusi seterusnya untuk WhatsApp.

WhatsApp akan menguji ciri “Communities” ini di beberapa buah negara secara berperingkat tidak lama lagi. Dengan pengumuman ini, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya dan evolusi akan datang pada WhatsApp dalam terus memudahkan proses komunikasi hariaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami